Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Walaupun diri ini sibuk dgn asemen dan pelbagai tugas di institut, namun hati ini tergerak untuk berkongsi ilmu. Diri yang kerdil dan dhoif ini bukanlah banyak ilmu di dada tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman yang ada...
Hari ini banyak yang saya belajar, membuat tugasan secara adhoc. Kadang2 hidup kita diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dan ujian yang diberikan oleh Allah juga berbeza-beza mengikut kemampuan hamba-Nya sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:
kadang2 hati ini ada juga terasa yang mengapa Aku ditimpa ujian yang bertubi-tubi? tapi itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya.. MasyaAllah...dhoifnya diri ini jika masih lagi berkira-kira dengan Allah tentang ujian di dunia ini.
Tapi saya ada sedikit perkongsian dengan sahabiah yang bergelar PEMIMPIN..
Pemimpin wanita yang cemerlang, tidak kira di mana peringkat sekalipun, mesti mempunyai daya saing yang tinggi dengan lelaki. Tidak boleh mudah mengalah malah sentiasa bersemangat untuk membenyuk arus gerakan tersendiri dan berusaha menjadi penggerak utama( prime mover) dalam gerakan atau persatuan. Kita mahukan pemimpin wanita sekarang yang :
1) Membaca bahan bacaan yang berat bukannya yang ROMANTIK
2) Mampu membentangkan kertas kerja yang bersifat ilmiah dgn baik
3) Mempunyai pemikiran yang kritikal serta BERANI mengeluarkan idea yang 'out of the box'
4) Tidak mengalah dgn suasana dan tuntutan alam sekeliling
5) Mampu utk ke hadapan sebagai pemimpin yang berwibawa dan tidak mudah mengalah dengan cabaran serta cemuhan.
Tadi pun hampir2 saya mengalah dengan kritikan daripada seseorang, tapi Alhamdulillah Allah masih mengurniakan sahabat kepada saya yang sentiasa memberi nasihat kepada saya,hehe...sukanya dan sayangnya saya pada insan-insan ini...
Uhibbukunna jami'an...
Wallahu'alam...
0 comments:
Post a Comment