BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 10 October 2012

PENOLONG_KU

عن أبى هـريرة رضى الله عنه عـن النبى صلى عـليه وسلـم قا ل : تركـت فيكـم امـرين لن تضلوا ما ان تمسـكـتم بهما: كتـاب الله وسنة نبيه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

Ramai yang membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. 
Ramai juga yang tahu tentang hukum di dalam al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. 
Ramai yang belajar ilmu al-Quran tetapi tidak mengamalkan dan mengajarnya kepada orang lain.
Semuanya bergantung pada diri untuk mengamalkan ajaran di dalam al-Quran agar sentiasa berada di landasan yang benar.

*renungan buat diri yang dhoif dan juga sahabiah yang dirahmati Allah