BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 22 August 2011

AMIROH [PEMIMPIN]

Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Walaupun diri ini sibuk dgn asemen dan pelbagai tugas di institut, namun hati ini tergerak untuk berkongsi ilmu. Diri yang kerdil dan dhoif ini bukanlah banyak ilmu di dada tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman yang ada...
Hari ini banyak yang saya belajar, membuat tugasan secara adhoc. Kadang2 hidup kita diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dan ujian yang diberikan oleh Allah juga berbeza-beza mengikut kemampuan hamba-Nya sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:

 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

kadang2 hati ini ada juga terasa yang mengapa Aku ditimpa ujian yang bertubi-tubi? tapi itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya.. MasyaAllah...dhoifnya diri ini jika masih lagi berkira-kira dengan Allah tentang ujian di dunia ini.
Tapi saya ada sedikit perkongsian dengan sahabiah yang bergelar PEMIMPIN..


Pemimpin wanita yang cemerlang, tidak kira di mana peringkat sekalipun, mesti mempunyai daya saing yang tinggi dengan lelaki. Tidak boleh mudah mengalah malah sentiasa bersemangat untuk membenyuk arus gerakan tersendiri dan berusaha menjadi penggerak utama( prime mover) dalam gerakan atau persatuan. Kita mahukan pemimpin wanita sekarang yang :

1) Membaca bahan bacaan yang berat bukannya yang ROMANTIK
2) Mampu membentangkan kertas kerja yang bersifat ilmiah dgn baik
3) Mempunyai pemikiran yang kritikal serta BERANI mengeluarkan idea yang 'out of the box'
4) Tidak mengalah dgn suasana dan tuntutan alam sekeliling
5) Mampu utk ke hadapan sebagai pemimpin yang berwibawa dan tidak mudah mengalah dengan cabaran serta cemuhan.
Tadi pun hampir2 saya mengalah dengan kritikan daripada seseorang, tapi Alhamdulillah Allah masih mengurniakan sahabat kepada saya yang sentiasa memberi nasihat kepada saya,hehe...sukanya dan sayangnya saya pada insan-insan ini...
Uhibbukunna jami'an...



Wallahu'alam...







Friday 19 August 2011

CINTA...

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
CINTA..CINTA..CINTA..
apa itu cinta? cinta adalah subjektif yang tidak dapat ditulis melalui kertas.. manusia sering mencari cinta kerana fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai..saya juga mahu mencintai dan dicintai..MENCINTAI ALLAH DAN DICINTAI ALLAH. kadang-kadang manusia alpa betapa kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.manusia sering melupakanNya tatkala diri dalam kegembiraan.manusia akan kembali semula kepada Allah tatkala diri berada dalam kesusahan..itulah MANUSIA..adakah kita juga begitu?tepuk dada tanya iman..manusia juga sibuk mencari cinta manusia yang sudah tentu tidak akan kekal hingga ke jannah jika cinta itu berdasarkan nafsu,tetapi cinta kepada Allah sudah pasti kekal hingga akhirat nanti..

Dilema CInta Ilahi

Album :
Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com


"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

Monday 15 August 2011

Mulanya di sini...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum w.b.t..






MULANYA DI SINI