BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 10 October 2012

PENOLONG_KU

عن أبى هـريرة رضى الله عنه عـن النبى صلى عـليه وسلـم قا ل : تركـت فيكـم امـرين لن تضلوا ما ان تمسـكـتم بهما: كتـاب الله وسنة نبيه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

Ramai yang membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. 
Ramai juga yang tahu tentang hukum di dalam al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. 
Ramai yang belajar ilmu al-Quran tetapi tidak mengamalkan dan mengajarnya kepada orang lain.
Semuanya bergantung pada diri untuk mengamalkan ajaran di dalam al-Quran agar sentiasa berada di landasan yang benar.

*renungan buat diri yang dhoif dan juga sahabiah yang dirahmati Allah

Thursday 26 July 2012

PILIH NAK YANG MANA


Hidup kita selalu diundang dengan pilihan...
terserah kepada KITA untuk memilih 'NAK YANG MANA'...
sama ada yang baik @ yang tidak baik...
TAPI, kita adalah hamba Allah yang diberi akal agar sentiasa memilih yang 'BAIK'...
bukan yang boleh membinasakan kita baik di dunia mahupun di akhirat...
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah At-Tin: 4)
Sudah terbukti manusia itu diciptakan sebaik-baik kejadian untuk menilai yang mana 'BAIK' yang mana 'BURUK'....
INGATLAH... Allah sentiasa memberi pertolongan kepada umatnya yang sentiasa mencari kebenaran yang hakiki

Monday 23 July 2012

RAMADHAN KAREEM



Assalamualaikum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah....
Selamat menyambut Ramadhan , bulan yang penuh keberkatan.. Setiap amalan akan dihitung oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sunday 25 September 2011

SAKIT SAMA DIRASA, SENANG SAMA DISAPA

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA, KAUM KERABAT, ANAK-ANAK YATIM, ORANG MISKIN, TETANGGA DEKAT DAN JAUH, TEMAN SEJAWAT DAN ORANG YANG BERJIHAD."
(Surah an-Nisa' 4:36)
Dalam ayat ni ana nak berkongsi tentang berbuat baik terhadap tetangga dekat dan jauh (jiran) =)...
Memahami hak berjiran:

1. Memberi salam apabila bertemu.


2. Memenuhi undangannya jika dijemput.
3. Menziarahinya ketika sakit.
4. Menbantunya ketika kesempitan
5. Tidak menyakiti hatinya.
6. Menyembahyangkannya apabila meninggal dunia dan mengiringi jenazahnya ke perkuburan.